Awak
Awak tahu tak awak buat saya bahagia ?
Awak buat saya senyum penuh makna
Awak buat saya terbang ke langit cinta
Awak buat saya lupa kewujudan perempuan lain di luar sana
Awak buat saya rasa hanya saya lelaki dalam dunia
Awak,
Awak tahu tak awak lebih manis dari gula ?
Awak 'bunuh' saya dengan cara awak yang SWEET giler
Awak buat pagi saya seindah suria
Awak buat malam saya setenang lena
Awak
Awak mahu tak hidup dengan saya ?
Susah senang , jatuh bangun dengan saya
Suka duka , tawa hiba dengan saya
Jadi tua sama-sama
Belek kedut-kedut muka berdua
Besarkan anak-anak jadi insan berguna
Jadi pasangan tua yang paling COOL SEMPOI ROMANTIK
Sampai hujung nyawa
Awak,
Bila saya menangis , bahu awak saya nak pinjam , bole ?
Bila saya resah , awak genggam tangan saya , bole ?
Bila saya kedinginan , awak dakap saya , bole ?
Awak,
Saya tak mampu janji kita akan bahagia sentiasa
Saya tak mampu memberi keseronokan dunia
Apa yang saya mampu , cuma SETIA
Apa yang saya mahu , hanya awak buah hati saya
Awak,
Awak perlu tahu
Awak perlu ada untuk lengkapkan 24 jam saya
Awak perlu ada untuk lengkapkan 24 jam saya
Untuk buat saya rasa bernyawa
Awak , awak di hati saya :)
0 comments:
Post a Comment